skkbskl.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BATU
BATU 4 1/2, JALAN IPOH, KUALA LUMPUR, Tel : 0362589218, Faks : 0362589218
e-mel : skkbskl@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | GURU | RENUNGAN | KELAS 2009 | GURU KELAS 2010 | SUKAN 2009 | Untitled |




TERIMA KASIH KERANA
MELAYARI LAMAN WEB
SEKOLAH KAMI
(Guru Besar)
Assalamualaikum Wrbkth

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Kuala Lumpur dan kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat membantu perkembangan sekolah dan aktiviti yang berjalan untuk makluman semua.Saya juga berharap agar dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak demi bersama-sama pertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid dan sekolah arus pendidikan perdana di negara ini. Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan ketekunan dalam usaha menimba ilmu terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaaan. Sesungguhnya ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Sesiapa yang ingin memberi cadangan boleh emailkan kepada skkbskl@zoom-a.com. Insya-Allah, mudah mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.Sekian terima kasih. Wassalam





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: